04.11.2008
Pengumuman : Tarikh untuk Pameran Pengantin Malaysia 2009 yang akan diadakan di Ampang Point adalah bermula dari 2 Januari 2009 hingga 4 Januari 2009. Pertukaran tarikh ini adalah disebabkan oleh beberapa perlakara yang tidak dapat dielakkan.
Kami baru sahaja habis menganjurkan Property & Home Exhibition 2008 di PWTC baru-baru ini (31 Okt - 2 Nov 2008). Di sini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat di dalam menjayakan pameran kali ini, terutamanya kepada syarikat-syarikat yang menaja hadiah-hadiah sempena pameran kali ini seperti Avanza Home Appliances Sdn Bhd, Brno Home Security Sdn Bhd, Livinstyle Furniture Sdn Bhd, Masterfoam Products Sdn Bhd, Crosslink Aquatic Sdn Bhd (Blondal), Mega Seven Sdn Bhd, Ikamizu @ Health Street, Corvan dan juga RHB Bank. Dan tidak lupa juga kepada rakan media kami iaitu majalah Reno & Deco dan Designer Concept.
---------------------------------------------------------------------
18.08.2008
Pengumuman : Baru-baru ini pihak kami telah mendapat tahu bahawa ada sesetengah pihak telah menggunakan nama kami untuk tujuan yang tidak pasti. Kami ingin jelaskan di sini bahawa jika terdapat sebarang individu yang telah meng'approach' anda dan anda telah merasa ragu-ragu, sila hubungi kami di 03-61856633, 012-6448366, 012-3625446 atau 012-6835590. Kami juga ingin tegaskan bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara yang tidak di ingini berlaku di atas keputusan yang telah anda buat. Sekian, harap maklum.
---------------------------------------------------------------------
01.08.2008
Lame tak update website.
So, these are the list for upcoming event
"Jom Membeli-belah Fiesta 2008"
Plaza Alam Sentral, Shah Alam
8 - 17 August 2008
"Sihat & Cantik 2008 (Beauty & Health Fair"
Ampang Point Shopping Centre
26 - 31 August 2008
"Property & Home Exhibition 2008"
(property & home decoration exhibition)
Legar Putra, PWTC
31 Oct - 2 Nov 2008
Jadi, datanglah beramai-ramai dan sertailah kemeriahan dengan pelbagai acara-acara dan pertandingan serta cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah-hadiah menarik menanti setiap pengunjung yang bertuah. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai booth-booth pameran, boleh menghubungi 012-3625446, 012-3822305 atau 017-2122585 atau 03-61856633.
---------------------------------------------------------------------
09.05.2008
Kami akan mengadakan bengkel "Sehari Bersama Pak Abu" pada 6hb Julai 2008 bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Function Room B pada pukul 9.00pg hingga 12.00tgh hari. Tajuk yang akan dibincangkan pada hari itu ialah "Perkahwinan Bukanlah Satu Sarkas". Di sini Pak Abu sendiri akan menunjukkan cara-cara persiapan untuk majlis perkahwinan dari awal persiapan hingga selesai majlis. Bengkel ini sangat direkomenkan kepada bakal-bakal mempelai yang akan melangsungkan perkahwinan. Sebarang pertanyaan sila hubungi 012-6835590, 017-2710183 atau 012-6448366. Oh ya, bayaran penyertaan adalah RM50.00 untuk seorang peserta. Borang penyertaan akan kami masukkan ke dalam website ini tidak lama lagi. Silalah belek majalah Bridal Guide, Ratu Sehari dan Pesona Pengantin edisi yang terbaru. Daftarlah segera untuk tidak ketinggalan menyertai peluang keemasan ini. Tempat duduk adalah terhad!! Hidangan ringan akan disediakan.
---------------------------------------------------------------------
12.02.2008
Kami akan mengadakan sebuah pertandingan mengandam yang dinamakan 'Pertandingan Andaman Malaysia' yang akan berlangsung di Plaza Alam Sentral pada 6 April 2008 (Ahad) bersempena dengan Pameran Pengantin Malaysia 2008 yang akan berlangsung dari 3 - 6 April 2008. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut, sila download borang [di sini]. Oh ya, bayaran pendaftaran pertandingan adalah RM50.00 sahaja untuk satu penyertaan, yang mana hasil dari pendaftaran itu akan disumbangkan kepada Rumah Anak-anak Yatim Darul Syifa'. Hadiah-hadiah pertandingan pula ialah RM300.00 untuk tempat pertama, RM200.00 tempat kedua dan RM100.00 untuk tempat ketiga. Setiap penyertaan akan disertakan dengan sijil penyertaan.
---------------------------------------------------------------------
01.02.2008
Flyers, posters & magazine ad for Pameran Pengantin Malaysia 2008

click picture to enlarge
---------------------------------------------------------------------
01.02.2008
Flyers, posters and ad for Property & Home Exhibition 2008

click picture to enlarge
---------------------------------------------------------------------
17.01.2008
Kami juga ingin mengumumkan bahawa tarikh untuk pameran seterusnya, iaitu 'Property & Home Exhibition 2008' telah pun di confirm kan iaitu pada 24-30 March 2008 di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya dan pada 25-30 April 2008 di Ampang Point Shopping Centre. Jadi, sila tandakan di kalendar rumah anda, dalam diari atau kalendar di henfon anda tarikh-tarikh berikut ya. Datanglah beramai-ramai dan sertailah kemeriahan exhibition-exhibition yang dianjurkan oleh Urban Vibe Event. Banyak aktiviti dan hadiah untuk dimenangi oleh pengunjung bertuah.
---------------------------------------------------------------------
17.01.2008
KAMI TELAH BERPINDAH ke ofis baru di Batu Caves. Harap maklum bahawa nombor telefon ofis dan juga nombor fax juga telah bertukar. Sila ke laman [Contact] untuk maklumat lanjut. Walaupun kami telah bertukar ofis baru, kami tetap orang-orang yang sama, dan semangat untuk bekerja serta memberikan servis yang terbaik juga telah bertambah sebanyak 100%. :] Gambatte!!
---------------------------------------------------------------------
14.01.2008
Pameran Pengantin Malaysia 2008 Edisi Ketiga yang diadakan di Ampang Point Shopping Centre telah pun berakhir. Terima kasih kepada exhibitor-exhibitor yang mengambil bahagian pada exhibition kali ini. Terima kasih juga kepada para pengunjung yang datang diharapkan ianya banyak memberi manfaat kepada setiap orang. Diharapkan pakej-pakej yang dipilih menepati citarasa dan kesesuaian anda. Jika terdapat kekurangan kami ingin memohon maaf di atas segala kekurangan yang ada. Jumpa lagi di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 3 - 6 April 2008 dan di Mid Valley Exhibition Centre, Tingkat 3, Dewan 2 & 3 pada 4 - 6 Julai 2008, Pameran Pengantin Malaysia 2008 yang terbesar.
---------------------------------------------------------------------

14.01.2008
Salah satu exhibitor telah habis di booking dalam masa
2 hari sahaja!! So, kepada sesiapa yang belum datang
menjenguk ke Pameran Pengantin Malaysia 2008 yang
sedang berlangsung di Pusat Membeli-belah Ampang Point,
cepat-cepatlah berbuat demikian. Ianya akan berakhir 13 Januari 2008 ini. Juga terdapat kuiz yang menyediakan hadiah-hadiah menarik berupa hamper,
pakej kad kahwin percuma dan juga voucher untuk sepasang baju bersanding dari penaja-penaja kami.
---------------------------------------------------------------------
04.01.2008
PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2008
SEDANG BERLANGSUNG DI AMPANG POINT SHOPPING CENTRE BERMULA DARI 5 HINGGA 13 JANUARI 2008.
Jangan ketinggalan untuk berkunjung dan dapatkan pakej-pakej yang berkenan di hati dengan harga-harga istimewa.
100 kuntum bunga ros menanti pasangan-pasangan yang bertuah pada hari pertama pembukaan iaitu pada 05.01.2008 (Sabtu) beserta hadiah-hadiah yang terdiri daripada hamper dan pakej-pakej pengantin. Dan jangan lupa untuk menyaksikan perarakan pengantin dengan konsep 'English Style' disertai dengan alunan bagpipe serta pertunjukan pentas pada 06.01.2008 (Ahad). Masuk percuma!!
6th Jan 2008 : 2.00pm – 4.00pm
Bridal marching ceremony 'English Style'
12th Jan 2008
2.00pm – 4.00pm : Make up Demonstration ‘Bersanding’
4.00pm – 6.00pm : Make up Demonstration ‘Reception’
13th Jan 2008
2.00pm – 2.30pm : Health talkshow
2.30pm – 3.00pm : Gubahan Hantaran Demonstration
3.00pm – 3.30pm : Dikir Barat Cultural Performance
3.30pm – 4.00pm : Lucky Draw / Quiz
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
012-6853477 atau 017-2710183
Jumpa anda di sana ya!!
---------------------------------------------------------------------
09.12.2007
Anda dijemput untuk menghadiri siri-siri [Pameran Pengantin Malaysia 2008] yang akan diadakan di beberapa lokasi yang merangkumi sekitar Lembah Klang dan Selangor. Kepada bakal-bakal mempelai yang menginginkan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna adalah dialu-alukan untuk mengunjungi pameran-pameran ini. Pameran Pengantin Malaysia 2008 ini sekali lagi akan menyediakan satu hentian setempat untuk segala jenis pakej-pakej seperti perancang perkahwinan, katering, butik-butik pengantin, pakej bulan madu, pakej fotografi, spa, salun dan pelbagai lagi yang pastinya akan memenuhi keperluan perkahwinan anda.
Kepada pengusaha-pengusaha industri perkahwinan pula, inilah masa dan tempatnya untuk anda mempamerkan produk-produk serta kepakaran anda untuk memberikan servis yang terbaik kepada bakal-bakal mempelai.
Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan fesyen, pertandingan andaman, cabutan bertuah serta berbagai-bagai kejutan menanti kunjungan anda di sana. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan kunjungilah siri-siri PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2008!! Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 017-2710183 atau 012-6853477.
Dan kepada pengusaha-pengusaha industri perkahwinan yang berminat untuk menyertai siri-siri Pameran Pengantin Malaysia 2008 ini, sila hubungi:
012-3625446 / 012-3822305 / 017-6561918
Ampang Point Shopping Centre
5 - 13 Januari 2008
PLaza Alam Sentral, Shah Alam
3 - 6 April 2008
Mid Valley Exhibition Centre
4 - 6 Julai 2008
---------------------------------------------------------------------
10.08.2007
For those who want to buy their 'baju raya', you can come down to The Mall, Kuala Lumpur and find all your baju raya and accessories there. There will be a break-fasting with orphanage also (the date will be confirm later) and expect lots of artist to come down.
---------------------------------------------------------------------
10.08.2007
Watch out for those who interested in buying a new house or just want to make an investment or just wanna beautify your home, our second edition 'Property & Home Exhibition 2007' will be coming to Alamanda, Putrajaya on 6 to 9 September 2007. A lot of property companies and home deco company will be displaying a full range of products. And not to forget the activities, there will be artist performance by Faizul (Malaysian Idol), a clown walk-about with balloon giveaways, children's coloring contest and more... for information please call the same number above.
---------------------------------------------------------------------
10.08.2007
For Merdeka Month, there will be a '50 Years Merdeka Celebration' at The Mall, Kuala Lumpur. There will be a lot of activities for crowds, such as 'Merdeka-The Mall Idol' a karaoke contest, Teh Tarik Contest, Children's Coloring Contest, artist performance by One (Gigil) & Pija (Mentor) and many more. Information, please call 012-6853477 or 017-2710183.
---------------------------------------------------------------------
29.06.2007
Watch out for for Pameran Pengantin 2007 Second Edition!! This time it'll be at The Mall, Kuala Lumpur
(in front of PWTC) from 6 - 9 September 2007. It is the same date with MATTA Fair and it'll sure attract a lot of crowd to come to Pameran Pengantin also. Watch out for our magazine ad in Pesona Pengantin magazine August issue. For our clients who would like to have booths there, feel free to contact our friendly marketing department 017-6561918
---------------------------------------------------------------------
29.06.2007
We have a new staff. His name is Eddie. He'll be doing some marketing staff and site work also.
So, if you need anything, feel free to call Eddie!!
---------------------------------------------------------------------
28.06.2007
PAMERAN PENGANTIN 2007 akan diadakan diruang legar Plaza Alam Sentral, Shah Alam..
4 - 8 Julai 2007, 10 pagi - 10 malam, masuk percuma, dapatkan goodie bag dari team majalah pesona pengantin
Sebanyak 32 kaunter produk yang berkaitan perkahwinan dipameran tersebut..
Butik - butik perkahwinan, pakej fotografi, kanopi, katering, hotel,beauty and spa, set bilik tidur dan banyak lagi!! semuanya menawarkan pakej2 menarik khas sewaktu pameran berlangsung.
Aktiviti hujung minggu seperti:
- adat istiadat perkahwinan melayu untuk majlis perasmian
- perasmian majlis oleh Dato' Aziz Satar & isteri
- pertandingan andaman & gubahan hantaran
- demonstrasi make-up
- melukis inai
- artis performance (shamrin fotograf & faizul malaysian idol)
- cabutan bertuah
- karikatur from Ujang
untuk sebarang pertanyaan sila hubungi
nadia 017-2710 183 or 03-42978019/8015
--------------------------------------------------------------------- |